Thursday 31 March 2011

BOSAN PUASA???


Alhamdulillah, saya ucapkan kepada Allah kerana kini sudah tibalah bulan yang penuh dengan keredhaan, kerahmatan dan juga keberkatan.Bukan semua orang yang sukakan bulan ini, iaitu bulan ramadhan.Sesetengah orang akan merasa bosan terhadap bulan ramadhan.Agaknya apa yang bosan ya?

Antaranya...

1.Terpaksa menahan lapar dan dahaga.

2.Orang yang selalu mengeluarkan kata2 keji semasa belum lagi kedatangan ramadhan, dia akan berasa tidak puas untuk berkata-kata.Itulah sebabnya siapa yang suruh 'mengata' kepada orang lain lagi.Jadi, balasannya ialah tidak akan dapat merasai betapa indahnya,rahmatnya,berkatnya bulan ramadhan ini.Rugilah siapa yang tidak dapat merasainya.

3.Merasakan bahawa sia2 sahaja untuk berpuasa.

Haa, itu baru sesetengah orang.Tapi, banyak lagi sebenarnya.Kadang2 bulan ramadhan ini,ramai yang nak buat perkara yang mendatangkan pahala.Tapi,semuanya niat tak ikhlas.Hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa sifat(pura-pura)mereka yang baik itu dihadapan orang ramai. Daripada niat tak ikhlas,lebih baik tak 'payah' buat langsung.

Hairan juga, kenapa ada yang bosan dalam bulan ramadhan ini? Ada juga yang buat perkara baik tapi tak ikhlas,kenapa?Alangkah gembiranya jika semua umat islam cintakan Allah dan mematuhi-Nya.Tapi, apalah daya makhluk yang kerdil seperti manusia untuk mengubah segala situasi(keadaan) yang telah Allah tetapkan ini.

Allah Yang Maha Esa..
Allah Yang Maha Adil..
Allah Yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment