Sunday 19 June 2011

KAWAN???

Apa kata orang tentang kawan ni..???


kata mak, 
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang....... 

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...... 

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir..... 

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .... 

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! 

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........ 

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.... 

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde....... 

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! 

dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! 

walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga

Saturday 23 April 2011

Peranan Dan Perlunya Riwayat Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam




Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat
kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah
sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama
dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khali fah) di zaman purbakala.

Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami,
menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di
dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah
Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip
dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha
mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh
Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana
hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan
sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu
dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap
lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata
manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam
kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka
Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
( لَقَدْ آَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن آَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَآَرَ اللَّهَ آَثِيرًا ( 21
Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)
kamu
(Al-Ahzab 33 : 21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong
manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an
yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan
dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan,
hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu
Fiqh Al-Sirah 1
9
‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukumhukum
Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan
dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai
pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah
sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda
(SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu
dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi
segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di
kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya
atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat
di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh
utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan
sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan
bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan
seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar;
seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan
terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi
persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,
keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).

Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah
memahami semua sudut kemanusiaan

Wednesday 20 April 2011

Ruginya Tak Baca Quran

Al-quran ialah mukjizat Nabi Muhamad s.a.w. yang paling besar yang terpelihara hingga kini. Al-Quran juga merupakan satu daripada enam rukun iman yang wajib kita percaya.

         Terlalu banyak hikmah yang terkandung di dalam kalimah-kalimah Allah ini. Hanya orang yang membaca dam mengamalkannya sahaja yang akan mendapat hikmah-hikmah tersebut. Setiap huruf yang dibaca ada pahala. Jadi, rugi besarlah kalau kita tidak mengambil kesempatan membaca Al-Quran sewaktu masih hidup ini.

          Rumah-rumah yang dihiasi dengan bacaan Al-Quran oleh penghuninya dilihat Allah sebagaimana kita melihat bintang-bintang yang berkerdipan indah di langit malam.

           Selain itu, Al-Quran dapat merawat jiwa kita yang tidak tenang, sedih, susah hati, malah rezeki kita di dunia pun lebih murah. Al-Quran juga mmenjadi penerang hati, maka mudahlah kita menerima pelajaran di sekolah. Yang lebih penting kalau kita mambacanya, Al-Quran akan mamberi syafaat (bantuan) semasa akhirat nanti.

           Ingatlah pesan Nabi s.a.w. ini: "bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaatm - yakni pertolongan kepada orang-orang yang mempunyainya."(Riwayat Muslim)....

Friday 1 April 2011

SIFAR-SIFAT SEORANG PENDAKWAH

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut : 



1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis. 
2. Beramal dengan ilmunya. 
3. Tahan marah (berlapang dada) 
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan. 
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang. 
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit. 
7. Kuat, sihat dan fasih lidah. 
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini : 
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya. 
(b) ilmu sejarah umum. 
(C) Ilmu Psikologi. 
(d) Ilmu Geografi. 
(e) Ilmu Akhlak 
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah. 
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah. 
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya. 
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar. 
10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib. 
11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain. 
12. Bersifat wakar dan tenang. 
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti. 
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah. 
15. Bersikap Taqwa dan Amanah. 



BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH 
Sifat wakar ada pada ; 
(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja. 
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud. 
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab. 
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara. 



Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ; 
(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan. 
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka. 
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk. 
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar. 
Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya. 

Thursday 31 March 2011

Hamzah bin Abdul Muthalib


Hamzah bin Abdul Muthalib adalah saudara sesusuan Rosulullah yang juga pamannya. Jarak usia kedua Hamzah tidak jauh dengan Rosulullah yakni sekitar 2 tahun lebih tua dari Nabi Saw. Nama lengkapnya adalah Hamzah Abu ‘Amaarah bin ‘abdul Muthalib bin Hasyim bin ‘abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi, Ibunya bernama Halah binti Wuhaib bin abdu manaf bin Zuhrah. Dari jalur sang ibu Hamzah juga masih terbilang kerabat dekat Rosulullah. Mereka berdua adalah teman sepermainan semenjak kecil, sehingga Hamzah termasuk orang yang sangat dekat dan mengenal kepribadian Rosulullah Saw.


Hamzah adalah seorang yang perkasa, kuat dan sangat berani. Dia mempunyai kesukaan berburu dan menjadi pemburu rusa yang sangat handal. Hamzah juga sebagai seorang penunggang kuda yang cekatan, ahli pedang, dan bela diri yang cukup disegani dan ditakuti di Makkah. Selain itu Hamzah juga dikenal dengan manusia padang pasir yang lebih suka menyendiri.


Keberanian Hamzah sangat diakui oleh siapapun bahkan oleh para pembesar Quraisy. Dia juga dikenal sebagai seorang berfikiran cerdas dan keras, sehingga dia sangat melindungi Nabi Saw. Meski dia tidak langsung menerima ajakan Rosulullah Saw untuk merubah keyakinan mengikuti ajaran Allah, tetapi dia tidak rela jika Nabi Saw diperlakukan secara tidak baik oleh orang-orang kafir Quraisy.


Ada satu kisah tentang keberanian Hamzah bin Abdul Muthalib, saat itu dia sedang berburu rusa, Hamzah mendengar suara keributan dari arah kemahnya, ternyata seekor singa sedang memasuki kemahnya, dengan sigap dia meletakkan hasil buruannya dan kemudian menghadapi singa tersebut sendirian. Setelah berhasil menaklukkan singa tersebut, Hamzah menguliti kulit singa itu dan kemudian meletakkannya diatas pelana kudanya. Orang-orang Makkah yang melihat kulit singa diatas pelana kudanya sudah sangat faham akan keberanian Hamzah. Sehingga tidak mengherankan jika banyak orang yang gentar jika berhadapan dengannya.


Masuknya Hamzah bin Abdul Muthalib ke dalam Islam, dimulai ketika Abu Jahal mencaci maki Muhammad Saw. Pada saat itu sebenarnya Hamzah tidak mengetahui peristiwa tersebut secara langsung, karena Hamzah sedang berburu rusa. Seperti biasanya sekembalinya dari berburu, Hamzah langsung menuju ka’bah untuk melakukan thawwaf sebelum kembali pulang kerumahnya. Kebetulan ketika peristiwa pelampiasan amarah Abu Jahal kepada Muhammad Saw terjadi, seorang budak perempuan yang bernamaJud’an bin Amir mengetahui kejadian tersebut. Begitu melihat Hamzah datang dengan busurnya menuju Ka’bah, budak perempuan itu menghampiri Hamzah dan menceritakan peristiwa yang terjadi antara Abu Jahal dan Muhammad. Mendengar cerita dari seorang budak perempuan itu, dengan segenap amarah dan tanpa berlama-lama Hamzah langsung menemui Abu Jahal dan berniat untuk menghajar dan memberi pelajaran kepada Abu Jahal. Kebetulan Abu Jahal sedang berada di dalam masjid yang tidak jauh dari ka’bah karena pada saat setelah peristiwa tersebut dia langsung mengadakan pertemuan dengan para pembesar Quraisy lainnya. Dengan berani Hamzah menantang Abu Jahal dan berkata:”Kenapa Kamu cela dan kamu maki Muhammad saw, padahal aku telah menganut agamanya dan mengatakan apa yang dikatakannya..?Nah, cobalah ulangi kembali makianmu itu kepadaku jika kamu berani!”. Tidak hanya menantang Abu Jahal, Hamzah juga langsung memukulkan busurnya ke kepala Abu Jahal, sehingga darah segar pun mengucur. Tak hanya itu, ia pun memukul tubuh Abu Jahal hingga babak belur dan tersungkur. Hamzah tetap berdiri dengan gagah berani di hadapan petinggi Quraiys itu.


Pada saat Abu Jahal tersungkur, orang-orang dari suku Makhzumah ingin menolongnya. Namun dicegah Hamzah, mereka pun kembali duduk. Demikian pula para petinggi Quraiys, semula mereka akan menolong Abu Jahal dan menentang Hamzah atas perlakuannya terhadap Abu Jahal. Namun mereka pun rupanya takut dan akhirnya kembali duduk di masjid. Beberapa saat kemudian ia menendang debu ke arah muka para petinggi Quraiys itu, dan meninggalkan tempat itu.


Peristiwa tersebut membekas di hati Hamzah hingga sampai rumahnya, dalam keadaan marah Hamzah merenungkan bagaimana sebaiknya orang seperti dirinya, apakah harus meninggalkan kepercayaan yang telah dipegang oleh nenek moyangnya selama berpuluh-puluh tahun dan mengikuti agama baru yang belum dia ketahui secara mendalam asal usulnya. Tetapi dalam hatinya dia mengakui keluhuran sikap dan kemuliaan keponakannya Muhammad, dan dia tidak rela jika keponakannya tersebut diperlakukan secara sewenang-wenang.


Ditengah-tengah kebimbangan tersebut, Hamzah pergi mendatangi ka’bah dan bermunajat untuk memantapkan hati dan menemukan kebenaran. Kemudian Allah membukakan hatinya untuk menerima ajaran Allah dengan segala keyakinan dan tanpa keraguan sedikitpun di dalamnya. Setelah itu masuklah Hamzah kedalam Islam.


Masuknya Hamzah ke dalam Islam menambah kekuatan barisan umat muslim. Dia selalu siap dengan gagah berani membela Rosulullah. Dia selalu menjadi pelindung Rosullah dan berada di belakang beliau dimanapun berada. Sehingga Rosulullah memberinya gelar Asad Allah wa Asad Rosulih (Singa Allah dan Rosulnya).


Hamzah memang menjadi ksatria muslim yang handal, dia juga sangat aktif dalam peperangan melawan kaum musyrikin. Dalam perang badar, pedang hamzah banyak menghabiskan nyawa kaum kafir, bahkan seorang petinggi Quraisy juga ikut binasa karena kelihaiannya. Dalam perang tersebut Hamzah memegang dua pedang dan berada disamping Rosulullah Saw. Pada perang badar ini pasukan muslim akhirnya memenangkan peperangan dengan sangat gemilang. Kemenangan tersebut tidak lepas dari peran Hamzah bin Abdul Muthalib yang tampil dengan sangat berani dan memperlihatkan kecapakannya dalam berperang dengan luar biasa.Kaum kafir juga mundur teratur melihat banyaknya korban yang jatuh. Keberadaan Hamzah menjadi pertimbangan tersendiri di kalangan kaum kafir, sehingga timbul dendam yang sangat dalam terhadap Hamzah di hati mereka. Mereka pun berjanji akan membinasakan Hamzah pada perang-perang selanjutnya.
Kurang lebih setahun setalah perang Badar, terjadi kembali peperangan antara kaum muslimin dengan kaum kafir di bukit Uhud. Perang inilah yang kemudian menewaskan salah satu sahabat dan paman Nabi Hamzah bin Abdul Muthalib.


Dalam perang ini, pasukan muslimin berjumlah 700 orang yang dipimpin langsung oleh Rosulullah Saw, sedangkan tentara kafir berjumlah 3000 orang. Meski dengan jumlah yang sangat tidak seimbang, tetapi dengan strategi yang baik, hampir saja pasukan muslim memenangkan peperangan. Dari awal Nabi telah menyiapkan strategi dalam sebuah formasi yang kompak. Pada sayap kanan Nabi meletakkan tentara di bawah bukit Uhud, sementara di sayap kiri Nabi juga meletakkan tentara di kaki bukit Ainain. Pasukan muslim yang berada di sayap kanan aman karena terlindungi oleh bukit Uhud, sebaliknya pasukan muslim yang berada pada sayap kiri mempunyai potensi yang berbahaya, karena musuh bisa menyerang melalui jalur belakang melalui bukit Ainain. Untuk mengantisipasi hal tersebut Nabi Saw memasang 50 pemanah di Ainain dibawah pimpinanAbdullah bin Jubair. Dengan jelas dan tegas Nabi Saw memerintahkan untuk selalu menggunakan anak panah, dan jangan sekali-kali meninggalkan bukit meskipun dalam kondisi telah menang ataupun kalah.


Akan tetapi para pemanah tersebut ternyata tidak mengindahkan perintah Nabi dan meninggalkan Ainain sebelum selesai perang. Hal inilah yang menyebabkan kekalahan kaum muslimin dalam perang Uhud.


Dalam perang Uhud ini Hamzah bin Abdul Muthalib juga menjadi target utama kaum kafir setelah Rosulullah, hal ini dikarenakan apa yang telah dilakukan oleh Hamzah pada perang sebelumnya (perang Badar). Hamzah sendiri meninggal di tangan seorang budak Habsyi yang bernama Wahsyi. Wahsyi sendiri membunuh Hamzah karena diperintah oleh majikannya Jubair bin Muth’im. Hal ini disebabkan dendam  Jubair bin Muth’im kepada Hamzah setelah pamannya  Thu’aimah bin Adiy (salah satu pembesar kafir Quraisy) tewas di tangan Hamzah pada perang Badar. Sang majikan Thu’aimah menjanjikan akan memerdekakannya, jika dia berhasil membunuh Hamzah. Mendengar tawaran tersebut, tentu saja Wahsyi tergiur dan menerima tawaran untuk membunuh Hamzah.


Peristiwa pembunuhan tersebut terjadi dikisahkan sendiri oleh Wahsyi setelah menjadi seorang muslim. Ketika tentara Quraisy  keluar ke bukit Uhud, Wahsyi yang sangat mahir dalam melempar pisau ikut keluar bersama mereka. Di medan perang tersebut, mata Wahsyi selalu mencari –cari sosok Hamzah, hingga diantara orang-orang yang sedang bertarung tersebut matanya tertuju pada seorang yang mengamuk laksana seekor onta yang sedang mengamuk dan terus memukul dengan pedangnya terhadap segala apa yang datang menyerangnya, tiada seorang pun yang dapat melawannya. Dialah sosok Hamzah bin Abdul Muthalib yang sedang di cari-cari dan menjadi target utama  Wahsyi.


Kemudian Wahsyi bersembunyi di balik batu besar, sambil terus memperhatikan Hamzah dan mempersiapkan pisau beracunnya, dia mencoba untuk mencari waktu yang tepat. Saat itu tiba-tiba Sibak bin Abdul Uzza datang menyerangnya. Begitu Hamzah melihat Sibak datang kepadanya, dia langsung menyabetnya dengan sekali sabetan pedang kepalanya berguling ke atas tanah. Bertepatan dengan peristiwa itu, Wahsyi melemparkan pisaunya ke arah Hamzah dan tepat mengenai bawah perut dan menembus bawah selangkangnya. Mendapati sebuah pisau tertancap di bawah perutnya, Hamzah kemudian berbalik dan mencoba untuk melawan, tetapi dia sudah terlanjur tidak berdaya dan akhirnya tewas sebagai seorang syahid’. Melihat jasad Hamzah yang tergeletak di atas tanah, Hindun binti ‘Utbah yang ayahnya terbunuh oleh Hamzah pada perang Badar datang membelah perut Hamzah dan mengeluarkan hatinya, kemudian memakannya dan memuntahkan kembali.


Melihat Hamzah terbunuh dengan kondisi yang telah tercincang, Rosulullah merasakan kedukaan yang mendalam sehingga beliau meneteskan air mata, Rosulullah melihatnya sebagai korban kebiadaban. Dia meninggal pada tahun ketiga Hijriyah dan Rosulullah menyebutnya sebagai “sayyidus syhada”. Kemudian jasad Hamzah dimakamkan dalam satu liang lahat dengan ‘Abdullah bin Jahsy.


Setelah peristiwa pembunuhan tersebut,  akhirnya Wahsyipun sang budak dari Habsyi dimerdekakan oleh majikannya. Tidak lama setelah peristiwa tersebut Wahsyi akhirnya masuk ke dalam Islam. Sebagai tebusan dari rasa bersalahnya karena telah membunuh Hamzah bin Abdul Muthalib, Wahsyi membunuh Musailamah al-Kadzab yang pasca wafatnya Nabi Saw mengaku sebagai Nabi pengganti Muhammad Saw.


Begitulah kisah hidup Hamzah bin Abdul Muthalib (sang singa Allah), seorang yang terkenal dengan keberaniannya sehingga dengan tewasnya Hamzah Rosulullah telah kehilangan seorang pelindungnya dan kaum muslimin kehilangan sebagian kekuatannya[1].

Solat Lima Waktu Tapi????


Saya solat lima waktu tapi.....

  • Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja.. Dan pada masa lainnya saya lupa padaNyaJika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingatpada Nya. Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya. Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Saya tidak bersyukur pada Nya..Padahal dulunya saya amat susah,Allah yang memberi rezeki pada saya..Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah..Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga..Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya..Tapi.. hati saya masih belum puas.. Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekuranganSaya solat lima waktu tapi....Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman-teman.. Saya sering menyakiti hati mereka..Saya sering menghina mereka..Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah-olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik..Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti..

  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki..Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat..Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan.. Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai.. Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT.. Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya. Padahal saya sendiri belum tahu,redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

  • Saya solat lima waktu tapi...
  • Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhkuSaya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak sukaSaya solat lima waktu tapi....Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim-piatu kerana saya takut hartaku habis dan jatuh miskin..

  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman-teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya, padahal mereka berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh,tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mau!Saya solat lima waktu tapi....Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,kerana saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

  • Saya solat lima waktu tapi...
  • masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,kerana perbuatan dan sikap saya sendiriseharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Menuntut ilmu semata-mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari-cari yang tidak sehaluan dengan saya,dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya

BOSAN PUASA???


Alhamdulillah, saya ucapkan kepada Allah kerana kini sudah tibalah bulan yang penuh dengan keredhaan, kerahmatan dan juga keberkatan.Bukan semua orang yang sukakan bulan ini, iaitu bulan ramadhan.Sesetengah orang akan merasa bosan terhadap bulan ramadhan.Agaknya apa yang bosan ya?

Antaranya...

1.Terpaksa menahan lapar dan dahaga.

2.Orang yang selalu mengeluarkan kata2 keji semasa belum lagi kedatangan ramadhan, dia akan berasa tidak puas untuk berkata-kata.Itulah sebabnya siapa yang suruh 'mengata' kepada orang lain lagi.Jadi, balasannya ialah tidak akan dapat merasai betapa indahnya,rahmatnya,berkatnya bulan ramadhan ini.Rugilah siapa yang tidak dapat merasainya.

3.Merasakan bahawa sia2 sahaja untuk berpuasa.

Haa, itu baru sesetengah orang.Tapi, banyak lagi sebenarnya.Kadang2 bulan ramadhan ini,ramai yang nak buat perkara yang mendatangkan pahala.Tapi,semuanya niat tak ikhlas.Hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa sifat(pura-pura)mereka yang baik itu dihadapan orang ramai. Daripada niat tak ikhlas,lebih baik tak 'payah' buat langsung.

Hairan juga, kenapa ada yang bosan dalam bulan ramadhan ini? Ada juga yang buat perkara baik tapi tak ikhlas,kenapa?Alangkah gembiranya jika semua umat islam cintakan Allah dan mematuhi-Nya.Tapi, apalah daya makhluk yang kerdil seperti manusia untuk mengubah segala situasi(keadaan) yang telah Allah tetapkan ini.

Allah Yang Maha Esa..
Allah Yang Maha Adil..
Allah Yang Maha Kuasa.