Saturday 23 April 2011

Peranan Dan Perlunya Riwayat Nabi Muhammad Dalam Memahami Islam




Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat
kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah
sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama
dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khali fah) di zaman purbakala.

Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami,
menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di
dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah
Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip
dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha
mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh
Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana
hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan
sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu
dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap
lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata
manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam
kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka
Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
( لَقَدْ آَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن آَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَآَرَ اللَّهَ آَثِيرًا ( 21
Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)
kamu
(Al-Ahzab 33 : 21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong
manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an
yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan
dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan,
hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu
Fiqh Al-Sirah 1
9
‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukumhukum
Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan
dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai
pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah
sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda
(SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu
dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi
segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di
kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya
atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat
di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh
utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan
sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan
bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan
seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar;
seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan
terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi
persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,
keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).

Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah
memahami semua sudut kemanusiaan

Wednesday 20 April 2011

Ruginya Tak Baca Quran

Al-quran ialah mukjizat Nabi Muhamad s.a.w. yang paling besar yang terpelihara hingga kini. Al-Quran juga merupakan satu daripada enam rukun iman yang wajib kita percaya.

         Terlalu banyak hikmah yang terkandung di dalam kalimah-kalimah Allah ini. Hanya orang yang membaca dam mengamalkannya sahaja yang akan mendapat hikmah-hikmah tersebut. Setiap huruf yang dibaca ada pahala. Jadi, rugi besarlah kalau kita tidak mengambil kesempatan membaca Al-Quran sewaktu masih hidup ini.

          Rumah-rumah yang dihiasi dengan bacaan Al-Quran oleh penghuninya dilihat Allah sebagaimana kita melihat bintang-bintang yang berkerdipan indah di langit malam.

           Selain itu, Al-Quran dapat merawat jiwa kita yang tidak tenang, sedih, susah hati, malah rezeki kita di dunia pun lebih murah. Al-Quran juga mmenjadi penerang hati, maka mudahlah kita menerima pelajaran di sekolah. Yang lebih penting kalau kita mambacanya, Al-Quran akan mamberi syafaat (bantuan) semasa akhirat nanti.

           Ingatlah pesan Nabi s.a.w. ini: "bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaatm - yakni pertolongan kepada orang-orang yang mempunyainya."(Riwayat Muslim)....

Friday 1 April 2011

SIFAR-SIFAT SEORANG PENDAKWAH

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut : 



1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis. 
2. Beramal dengan ilmunya. 
3. Tahan marah (berlapang dada) 
4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan. 
5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang. 
6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit. 
7. Kuat, sihat dan fasih lidah. 
8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini : 
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya. 
(b) ilmu sejarah umum. 
(C) Ilmu Psikologi. 
(d) Ilmu Geografi. 
(e) Ilmu Akhlak 
(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah. 
(g) Bahasa orang yang menerima dakwah. 
(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya. 
9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar. 
10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib. 
11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain. 
12. Bersifat wakar dan tenang. 
13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti. 
14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah. 
15. Bersikap Taqwa dan Amanah. 



BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH 
Sifat wakar ada pada ; 
(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja. 
(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud. 
(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab. 
(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara. 



Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ; 
(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan. 
(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka. 
(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk. 
(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar. 
Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.